
sekarang pukul 5:36 ptg and i'm so sleepy...yes! i'm a sleepyhead,,mudah rasa mengantuk.duk lar mana2 pon aku boleh terlelap tambah2 kalau dh letih sgt. aitu time kuar p kk, org laen smayang zohor dlm surau ak duk dlm kete jaga kete sbb parking full. punyelar lama tunggu sampai terlelap 2 3 kali. time org smayang maghrib lak aku menyandar kt dinding pon trtidor...
ok sekarang baru nk relate dgn tajuk. actually since pkol 3 td area UMS ni dah stat hujan sampailar sekarang makin lebat tade tanda nk stop. aku pulak mengantuk tp tanak tido sebab minggu ni dh brapa kali ak trtidor lepas asar. so td tetiba terdetik nk cr surah y boleh diamalkan time hujan, google punya google jumpalar 1 blog ni http://www.abgteror.com/surah-al-kautsar-bacaan-rumi-surah-penawar/.
baru ku tahu rupa2nya ad surah y sesuai dibacakan ketika hujan and banyak lagi kebaikan yang boleh diperoleh bila amalkan surah ni. Alhamdulillah dapat 1 ilmu baru hari ni...
umm,kali ni aku copy paste jelar ek..malas nk taip.. =)
SURAH AL-KAUTSAR BACAAN RUMI | SURAH PENAWAR
-
Cara Bacaan mengikut tajwid dlm bahasa rumi:
Bismillahhirrohmanirrahim~
innaaaa a’q thoinaaa kal kau sar
fathol lilirob bikawan har
Innnashaaa ni a ka hu al abtar
-
Surah Al-Kautsar
:Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
:Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
:Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah
tetapi dizalimi.
tetapi dizalimi.
p/s: setiap surah yang diturunkan oleh Allah S.W.T pasti ada maksud dan kebaikannya yang tersendiri. Sungguh tak boleh disangkal, membaca Al-Quran dgn memahami maknanya akan membuat ayat2 surah tu terkesan kt hati. drp itulah kita akan berfikir dan merenung kembali siapa diri kita yang sebenar...wallahualam.. =)
0 comments:
Post a Comment