Pages

Wednesday, 30 October 2013

Guna Pesbuk Motivate Diri





eh.....
banyaknya keje nak kena buat *plop* tros post kt fb
"hummm,,banyaknya keje,tatau nk buat mana satu!! stressss!!!!!!!"

nak makan burger bakar, snap pic *plop* tros post kt fb
"dapnyeeeee burger bakar, kite nak makan dengan buayapren kite..jgn jelessss okeiiii"

tengah tunggu lecturer masuk kelas, lambat pulak lecturer *plop* tros post kt fb
"mana madam ni???!!!! x msok dlm kiraan 10 aku keluar.dhlar perut lapar!!-feeling annoyying"

baru lepas baca artikel tajuk nikah masa belajar *plop* tros post kt fb
"bila lar mami n dadi nk bagi aku nikah, kesian buayapren aku makan sorang2 baju tade org tlong basuh..blablabla"
-padahal baju sdiri dah sbulan berlonggok bawah katil






wahahahahahahhaha....
zaman sekarang ni memang manusia suka sangat share sume benda kt laman so-sial, 
facebook,,twitter, stgram, keek...n so on
tapi fb lar jugak paling manang 
sebab apa y di post kt laman sosial lain boleh di share ke fb. mcm artkel dlm blog ni

aku pon suka mengepost n mengeshare jugak
tapi kt fb ja sebab aku x minat y laen
aku suka share artikel y aku baca
share status motivasi
pos gambar membe or famili ramai2 (skang dh kurang)
paling aku suka
hapdet status motivasi guna ayat sdiri
tujuan utama as reminder pada diri
jadi bila buka wall aku nampak lar balik post2 aku tu


antara post ayat2 motivasi aku akhir2 ni adalahhhhhh
*drum rolllll* *background music pleaseeee*



nak meluah tapi bimbang orang yang mendengar rasa terbeban. nak dipendam diri sendiri pula yang terbeban. 
*meluahlar pada YANG ESA, hati lebih tenang, InsyaAllah jalan akan terbuka — feeling blessed.



Even if i can’t have you,
You know i’ll always be there for you.

*and ALLAH always with us 



Ketika jatuh cinta, jangan berjanji untuk tidak saling menyakiti, kerana pasti dalam sedar atau tidak akan memungkirinya. Berjanjilah untuk tetap bersama meskipun salah satu akan tersakit.. Itu lebih baik.-pakar diari hati



=) jodoh itu pasti.mungkin y kamu sayang sekarang bukanlah jodoh kamu.boleh jadi jodoh mu sedang menunggu mu di syurga. persiapkan diri untuk bertemu yang Esa dahulu dan insyaAllah tanpa kamu sedari segala kebaikan sedang mengiringi hidup mu. ..



ustazah Fatimah Syarha






okeee...skang azan maghrib.
babai.....






p/s: dgar azan tros blank.jangan lupa solat nurul,jangan malas mengaji, jangan malas buat solat sunat. jangan lupa senyum(benda paling berat sebab bila berjalan aku lebih suka tunduk jadi bila pandang orang jarang dapat senyum dgn jayanya)

Rezeki dari Langit





 “Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan memberi rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan sesiapa berserah diri kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya. Sesungguhnya Allah melakukan perkara yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah menentukan tiap-tiap sesuatu.” (Surah al-Talaq ayat 2-3)




Alhamdulillah...
Allah sentiasa mengurniakan rezeki kepada hamba Nya sama ada kita sedar atau tidak.
dan aku sebagai hamba Nya teramat amat yakin pada janji Allah perihal rezeki ni.
sebagai bukti, baru berlaku beberapa jam lepas.
lepas solat Maghrib rumet aku text gitau dia kat kedai ayam penyet sama ada aku nk mengirim or tak.walaupun dah 2 minggu teringin makan tapi malam ni terpaksa tahan sebab duit yang ada kat tangan memang x cukup. tambah2 lagi esok pon nk belanja makan(paham2 lar dah pertengahan sem, 2 bulan lebih dh kt sini).
jadi aku tahan diri and kuatkan keyakinan Allah akan hulurkan rezeki untuk aku. x esok, mungkin lusa.
jadi tadi makan megi jelar (Alhamdulillah ada jugak makanan). 
habis jer makan megi trus membe aku datang nak print. dapat tampung duit belanja. 
sangat2 bersyukur Ya Allah...makin bertambah keyakinan aku.

sebenarnya
start ambil ijazah aku dah niat, stiap bulan mesti hulur duit untuk sedekah waima seringgit. sebab aku yakin, banyak mana pun kita keluarkan untuk sedekah insyaAllah akan dibalas dengan balasan yang setimpal atau lebih besar. 
tiba-tiba aku teringat satu ayat ni. x tahu firman ALLAH, hadis or apa.maksudnya lebih kurang macam ni.

"Tiap2 rezeki yang kita dapat tu terselit juga rezeki untuk orang lain"

jadi jangan sombong takbur atau kedekut, sesama manusia mahupun makhluk Allah yang lain.
setiap perkara baik yang kita lakukan disertakana niat yang ikhlas pasti ada ganjaranya.
ingat tu.

tips untuk murah rezeki.
dulu dah tahu tapi buat2 x tahu.padahal abah pon selalu pesan
1. jangan tido lepas subuh
2. rajin amalkan solat sunat dhuha

dulu kat sekolah tiap2 hari ahad kalau x silap, before rehat semua kena p solat dhuha kat surau sekolah. (MRSM PC). tapi ni lar masa kebanyakan students guna untuk buat omwork yang tertunggak... hummm...aku pon pernah jugak buat

sekarang dah mula amal balik segala benda yang diamalkan masa kat sekolah dulu.
berharap sangat yang aku istiqomah dengan segala perkara baik yang aku buat sekarang ni.

bubai (cm biasa ending secara tetiba)









p/s: aku nak jadi baik.jadi manusia yang dapat redha Allah. bila dapat redha Allah nanti orang lain pon akan redha kat aku.paling penting aku nak masuk syurga. aku nak jumpa keluarga aku dalam syurga nanti.

Sunday, 20 October 2013

Selamat Hari Raya Qurban




Salam Aidiladha walaupun hmpir sminggu dah berlalu
tahun ni raya ke-3 di bumi sabah dan ke-5 tanpa family
tahun pertama kt kelantan time spm. feeling2 bolehlar raya kt kmpung tapi sedara mara aku p beraya kt umah aku pulak dahhh,,ramai2 buat korban kat dungun..aduhaiii
raya kedua pulak kt matrik..y ni aku lupa aku balik ke tak. tp cm tade memori beraya pon time ni
lpas tu 2011 smpai sekarang beraya kat sabah. kebetulan raya tahun ni bukan waktu cuti midsem jadi jangan harap nk berjalan cuti2 malaysia

Syukur Alhamdulillah walaupun famili jauh tapi still ada famili besar kat sini.
adik beradik SUKSIS ku yang happening nk mampus..opppsss
thanks to CULLU and his girlfriend RAMMA sudi invite kami ke rumah terbuka masing-masing
terubat kempunan nak makan rendang
dan dapat rasa lg buras n tapai sabah




suasana solat hari raya di masjid UMS. ni pic pika. aku x tpaksa solat kt luar,,smpai lambat..wuhuhu..masa gmbar ni diambil ramai yg dh keluar





coursemate. hak lain sume cuti and hilang x dikesan






girls yg ikot. 5 je. selebihnya balik kampung dan ikot coursemate braya.
yg baju ijo tu x sabor dh nk makan






biskut raya makan tros dr balang wehh..sedap dan homemade
aku makan sikit je nasi dgn sup daging. buras pon 2 je tp kena hentam mcm hape dgn budak2 laki T___T






trima kasih mak cik. (mak cullu y kt tengah tu)
tengok aku siap pegang balang kacang lagi tapi last2 budak laki pow balang tu wt balik blok dorang.
kami y pmpuan kemain engat tertinggal balang tu.
melepassssss






rumah terapung






tapai sabah.
rasa sama cam tapai semenanjung.






burasak






senyum sebelum melahap






cik fatin and cik farah






penuh meja. 






thanks Ramma. nanti kami datang lagi time majlis kawin, masak sedap2 tau












itular cerita hari raya tahun ni. pas beraya balik sambung buat assignment. sadisnye cuti raya sehari =(





p/s: cik abg tak ada skali. pagi2 lagi dah beraya ke rumah rumet dia en. ad..sebelom kuar hantar pic nasi goreng y dia masak kt bilik hostel. cissss betol tmbah rasa lapar aku..

Friday, 11 October 2013

Blood Tanker




blood tanker????
perghhhh pestime dapat gelaran cmtu. 
abg yang bagi "kalaulah abg tanker mcm awak"
(kes nye sbb dia kurg berat sikit, aku kena kurgkn sikit berat..wuuuu berat beza beberapa kg je T___T).

ekceli smalam aku p derma darah under program bebudak sains sosial.
aku ni jenis addicted sikit bab2 derma darah (edward cullen sila jgn cr aku)
pantang tgok ad program derma darah, rasa eksaited tu tiba-tiba je muncul.
tambah-tambah i'm a UNIVERSAL DONOR. 
rasa cm darah aku sangat-sangat berharga. i should share it with other people.
family aku pon sume darah 0+ including ma and abah

sejarah aku mula derma darah macam ni
dulu masa kat matrik (n0v 2010) ad program derma darah
pulak tu derma darah buat time aku ad kelas math
kelas math gabung dengan kelas budak lain since teacher rohana tak sihat (antara ckgu math plg best aku penah ada...love u so muccchhh teacher!! )
nak skip kelas punya pasal
jadi kami ramai-ramai p lar daftar untk menderma
semua first time sebab kitorang masa tu umo 18.
first time derma x tgok lngsung jarum,bag darah pon x tengok. seram wehhh
tapi skang dh ok, boleh buat muka poyo tengok jarum besar tu kena cucuk kat lengan.
and aku sangat bertuah
tiap kali nk kena cucuk mesti kena puji sebab urat lengan aku timbul so senang nak cucuk jarum
aku slalu derma tangan belah kiri sebab right handed
tapi lepas derma masa bulan 3 lepas tangan kiri start problem
dah x kuat n mudah lenguh
hasilnya masa menembak m16 sikit lg nk fail...wuhuhuhuhu...
semalam niat nk cucuk belah kanan tapi dapat kerusi yang kena guna tangan kiri puloksss
redha jelar...

nasihat sikit untuk mereka yang layak (LAYAK) untuk menderma tapi x berani
and benda ni aku selalu pegang
kita derma sekarang untuk org yg memerlukan
mana tahu darah kita yg 1 bag tu mampu selamatkan nyawa orang walaupun kita x kenal pon orang tu
dan mana tahu jugak 
tak lama lepas derma darah, famili sendiri or diri sendiri pulak yang urgent perlukan darah
dan darah kita yg 1 bag tu lah yang kembali kita guna
1 lagi
hari ni orang guna darah kita
esok-esok mungkin kita pulak yang guna darah orang
ALLAH MAHA ADIL
"what you give, you will get back"
baik yang kau bagi insyaAllah baik lar yang kau dapat
buruk yang kau bagi,,,,
 wallahualam...




baru 7 kali










*lupa nk mention.pihak kesihatan ada sediakan kemudahan kesihatan untuk penderma darah bergantung pada kekerapan menderma. so gudluck!!!

Tuesday, 8 October 2013

Pressure-Ini bukan nota fizik



dalam hidup ni
dari kecil jarang orang tanya aku apa yang aku nak
aku membesar dengan mudah menurut kata
jarang mengungkap pendapat dan keinginan
lebih rela memilih untuk memendam
walaupun kadang kata sudah di kerongkong
tapi ada batu yang menghalang

sekarang dalam umur 21 tahun
hampir semua orang yang aku sayang
ada citarasa masing-masing untuk aku memenuhi keinginan mereka
mungkin aku tidak kisah untuk menurut keinginan
apatah lagi perkara yang diinginkan adalah yang baik2 belaka
tapi apa salahnya tunjuk kan aku jalan mana yang harus ku ikut
bimbing aku, temani aku, jangan biarkan aku sendirian 
sebab akibatnya nanti aku akan tersesat
tersesat hingga menyesal seumur hidup

seterusnya
paling aku tidak mahu
tekanan memenuhi kehendak kalian
aku jadi hilang keyakinan pada kalian
dan aku lebih senang berkeras untuk lalui jalan aku sendiri





*.............




sedak ni kalu mandi
tapi gak jak jadi anak dara ni x mandi dh pata nge air terjun kacawali time duduk saboh



Monday, 7 October 2013

CITA-CITA SAYA




dulu masa kecik cita-cita saya nak jadi doktor
abah dan ma sangat berharap saya jadi doktor
Alhamdulillah saya cemerlang UPSR dan PMR 
tingkatan 1 sampai 5 saya belajar di MRSM
tapi result SPM saya kurang bagus
tak cukup lagi 2 A
ditawarkan asasi nursing di UIAM dan program matrikulasi di KMKu
ma dan abah kurang suka saya ambil nursing
dinasihatkan masuk matrik dan score supaya boleh jadi doktor
disebabkan saya toksei pikir panjang and cepat menurut kata
saya pilih matrikulasi
maka berpisahlah saya dengan kawan baik saya Khalieda yang dapat asasi engineering UIAM
di matrik saya dapat aliran fizik tapi saya mohon tukar alirat hayat
awalnya saya serius dan usaha sebaik mungkin
tapi bila masuk semester 2 gangguan mula datang
saya tak dapat bertahan
akhirnya tak mampu gapai apa abah dan ma harapkan
2011 dapat tawaran ke UMS
UMS??? SABAH???
yep,,menangis sejam je sebab sedih dapat jauh
yang paling tak boleh diterima dapat course x dimohon
SOFTWARE ENGINNERING
apa tu???

sekarang dah semester 5 sebagai student HC00
pointer sntiasa naik dan turun bergantung pada usaha setiap sem
semester depan praktikal 
lepas tu sambung lagi final year setahun
empat tahun dihabiskan untuk segulung ijazah
tapi belum pasti berguna atau tidak
saya tak pernah impikan untuk bekerja dalam mana2 bidang komputer
membazir masa dan duit pinjaman???
nahhh.. i don't know

2 tahun kebelakangan ni saya sedar
saya amat minat dan suka jadi cikgu
cikgu sekolah rendah
SEKOLAH RENDAH
selain tu saya suka bisnes
bisnes bila2 masa boleh buat
tapi untuk jadi cikgu perlu ada sijil dan kemahiran
INSYAALLAH lepas dapat ijazah HC00 
mahu sambung KPLI 
jadi cikgu yang penyabar,mesra dan mampu bawa perubahan awal untuk masa depan negara
bior ler sekarang orang kata saya muka serius, jarang senyum(bila aku senyum smbil pandang pndai pulak rasa segan dgn aku), bekeng
saya tengah usaha untuk berubah dan saya akan berubah
sebab saya nak jadi cikgu (i love maths)
untuk bakal pelajar saya, adik-adik saya dan anak-anak saya

~the end~




haip!! jgn bising! buat omwork tu...!!



*lalalalalalala~ 

Saturday, 5 October 2013

Khalieda Sila Baca





tengok tuuuuuuuuuuuuu
ada orang tu buat entri khas untuk kite lar. sukeeeeeeeenyeeeeeeeeeeeee (over pulaks)
ni entri balas tapi kite ni malas nk taip sebab kita tatau nk cite apa sal awak
apa yang paling penting kite dh anggap awak n hafiza husna kamaruddin tu macam adik2 kite sdiri tau
sebab tu kite2 sume mudah trasa hati walaupun bnda kecik
kite pecaya dan yakin dan believe kita2 sume xkan lost contact smpai bila2
muaxxxxx   XOXOXO


tengok gmbor jelar ye....hikhikhik (gelak gedik mcm kuda)
















*bakpe adop gmbar sy dgn na kt PC??