Pages

Wednesday, 18 December 2013

ALONE?? LONELY...





alkisah bermula tengahari td bila aku wasap abah engatkan sal duit nk beli tiket flight. 
tiba2 datang perasaan aku ni selalu susahkan abah. sumpah sem ni aku dah usaha untuk x minta duit belanja dari abah tapi akhirnya kalah jugak bila xdak duit nk beli tiket flight. dah rasa bersalah gitau lar abah boleh dak kalau aku x balik tapi abah suh aku sabar dulu. kalau ikotkan xnak menyusahkan memang aku ambil keputusan x balik tapi hujung bulan 1 kaxen yang paling aku sayang nk nikah n dia sangat harapkan aku ada. aku dah serba salah. jadi sekarang tunggu jelar.

tadi pon tetiba jadi tacing. mai pikiran adik2 kt umah rindu x sebenarnya kt aku. ma rindu x aku. abah rindu x aku. weh mata dh berair, kena kental hati, malu kalau manusia2 kt foyer sktm ni nmpak.dahlar pakai baju ad logo pdrm. aku bila dh sensitip mula lar jd attention seekers. tp apa boleh buat, silap cara x pasal orang jd geram dgn cara aku. tros catwalk ke toilet cr port nk buang lebihan air kt mata ni. sakit bila menangis smbil cover bunyi. tringat pulak pristiwa msa kt matrik dulu. sbb tamau kawan2 nampak, blari ke toilet. toilet pulak ramai,,tpaksa cepat2 cool down. nk blk menangis kt bilik x boleh, farah ad, bdk2 suksis lak slalu dtg bilik. so the best way menyendiri dulu kt sktm ni,,now dh 19:23 p.m..hujan n dont feel like nk blk lg. rasa mcm nk kluar dr ums, menyendiri kt luar. jauh dr manusia2 yg aku kenal. i really need some space. x tahulah,,,akhir2 rasa mcm semangat hilang. lost in d dark............bai.

Thursday, 12 December 2013

Terimbau







dalam hidup ni ilmu amat diperlukan terutamanya ilmu agama yang pasti dapat membimbing perjalanan manusia,,,,
terkadang silap langkah bukan kerana tiada ilmu,
tetapi kerana buta hati dan mata,
sengaja membina tembok antara diri dan ilmu untuk menghalalkan segala tingkah,
akhirnya diri sendiri yang tersungkur,
nak disalahkan siapa lagi kalau bukan diri sendiri,
dari kecil sudah diajar mana haram mana halal mana baik mana buruk,
sepatutnya makin bertambah umur akal makin bijak menentukan tingkah,
tapi sebaliknya yang berlaku,
yang kecil menegur yang besar halal haram letak tingkah,
yang muda menegur yang tua baik buruk perangai,
tapi mereka ego,
konon sudah makan garam,
terlebih garam rupanya hingga tidak mampu nak mengguna akal,
mungkin garam tidak berkualiti, who knows??


sudah silap langkah,
aku sudah sedar,
tapi kenapa masih diulang lagi,
aku sengaja cari pasal,
mana sujud taubat, air mata yang tumpah waktu menyesal dahulu,
iman aku rapuh,
tiadakah usaha untuk membaiki imanmu,
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .


kadang manusia terlalu berharap pada manusia lain,
konon perlu ad pembimbing disisi untuk berubah,
bagaimana kalau manusia itu meninggalkan kau,
kau mahu mencari pengganti,
bagaimana kalau tidak jumpa,
jadi kau akan terus hanyut dengan iman kau yang rapuh tu,
nonsense,,kau tahu,,nonsense,
kalau kau islam pasti kau tahu,
adanya Al-Quran sebagai pembimbing, 
adanya Allah sebagai tempat bergantung dan berkongsi rasa,
ilmu dan amal berpisah tiada,
sekali kau peroleh ilmu cuba amalkan,
InsyaAllah hidup kau aman walau diuji badai,


aku harap kau capai apa yang kau mahu,
aku harap kau terus Islam seperti agamamu,
kau dan aku tahu ajal bila-bila masa akan tiba,
tidak akan tercepat juga terlambat walau sesaat,
bahagiakan dirimu dan orang tuamu,
semoga kau menjadi seperti apa yang kau impikan.
AKU SAYANG DIRI AKU.








*monolog diri