
dalam hidup ni ilmu amat diperlukan terutamanya ilmu agama yang pasti dapat membimbing perjalanan manusia,,,,
terkadang silap langkah bukan kerana tiada ilmu,
tetapi kerana buta hati dan mata,
sengaja membina tembok antara diri dan ilmu untuk menghalalkan segala tingkah,
akhirnya diri sendiri yang tersungkur,
nak disalahkan siapa lagi kalau bukan diri sendiri,
dari kecil sudah diajar mana haram mana halal mana baik mana buruk,
sepatutnya makin bertambah umur akal makin bijak menentukan tingkah,
tapi sebaliknya yang berlaku,
yang kecil menegur yang besar halal haram letak tingkah,
yang muda menegur yang tua baik buruk perangai,
tapi mereka ego,
konon sudah makan garam,
terlebih garam rupanya hingga tidak mampu nak mengguna akal,
mungkin garam tidak berkualiti, who knows??
sudah silap langkah,
aku sudah sedar,
tapi kenapa masih diulang lagi,
aku sengaja cari pasal,
mana sujud taubat, air mata yang tumpah waktu menyesal dahulu,
iman aku rapuh,
tiadakah usaha untuk membaiki imanmu,
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
kadang manusia terlalu berharap pada manusia lain,
konon perlu ad pembimbing disisi untuk berubah,
bagaimana kalau manusia itu meninggalkan kau,
kau mahu mencari pengganti,
bagaimana kalau tidak jumpa,
jadi kau akan terus hanyut dengan iman kau yang rapuh tu,
nonsense,,kau tahu,,nonsense,
kalau kau islam pasti kau tahu,
adanya Al-Quran sebagai pembimbing,
adanya Allah sebagai tempat bergantung dan berkongsi rasa,
ilmu dan amal berpisah tiada,
sekali kau peroleh ilmu cuba amalkan,
InsyaAllah hidup kau aman walau diuji badai,
aku harap kau capai apa yang kau mahu,
aku harap kau terus Islam seperti agamamu,
kau dan aku tahu ajal bila-bila masa akan tiba,
tidak akan tercepat juga terlambat walau sesaat,
bahagiakan dirimu dan orang tuamu,
semoga kau menjadi seperti apa yang kau impikan.
AKU SAYANG DIRI AKU.
*monolog diri
0 comments:
Post a Comment